Wednesday, 30 November 2011

MUZIK DENGAN PERGERAKAN

MUZIK DENGAN PERGERAKAN

5 jenis Pergerakan mengikut Perkembangan Dari Mudah ke Kompleks:
• Gerakan Mengikut Lirik Lagu
• Gerakan Asas Dengan Muzik
• Interpretasi Muzik Dengan Gerakan
• Gerakan Bebas Dengan Muzik
• Gerakan Yang Menunjukkan Cerita Atau Tema



KEPENTINGAN PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi keperluan kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Pergerakan adalah asas respon kepada muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada
pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana Dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semula jadi kanak-kanak memang suka bergerak. Pergerakan dan muzik adalah satu seni kinestetik. Kanak-kanak mengembangkan kebolehan muzikal mereka melalui kombinasi apa yang mereka alami dengan apa yang mereka dengari, lihat dan rasai.



DEFINISI PERGERAKAN

Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “melakukan” ( learning by doing : Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pembelajaran muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga(pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.

Pergerakan adalah perlakuan/aksi individu yang boleh berlaku secara
-automatis
-
spontan
-
terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak isyarat, dan pelbagai pergerakan badan.



PENDEKATAN DALCROZE

• irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik
• irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak.
• elemen irama dan dinamik - berkait rapat dengan pergerakan.
• Kesemua degree dalam tempo - allegro, andante, accelerando dan
ritardando dapat dialami, difahami dan diekspresikan dengan badan.



PENGLIBATAN

Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu :
• mendengar
• merasai (feel)
• berimaginasi kuat (strong imagination)
• mengintepretasi bunyi
• bertindak/respon/bergerak


JENIS PERGERAKAN ASAS
• Bukan lokomotor : tepuk, pusing, hayun, membongkok, memintal, melentik.
• Lokomotor : berjalan, meloncat, , berlari, merangkak, merayap, bergolek,bergalop, skip, berputar, melompat.

Kedua-dua jenis pergerakan boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat-ringan dan tinggi-rendah bunyi, dan kontur melodi.



PERGERAKAN KREATIF
Intrepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.


UNSUR-UNSUR PERGERAKAN

• TUBUH BADAN : pergerakan yang dilahirkan oleh bahagian- bahagian anggota badan.
• RUANG : penggunaan ruang dalam aktiviti pergerakan.
DAYA : kualiti pergerakan.
• PERKAITAN : hubungkait bahagian-bahagian anggota badan dengan orang lain atau objek-objek.



TUJUAN PERGERAKAN KREATIF

1. kebebasan melahirkan idea dan perasaan
2. pengawalan pergerakan
3. kemahiran pergerakan
4. keseronokan dan kepuasan
5. kesedaran imej kendiri
6. kesedaran estetik
7. apresiasi bentuk seni
8. kartasis(melepaskan ketegangan perasaan)
9. pemahaman budaya
10. sosialisasi
11. penyelesaian masalah
12. alat pembelajaran akademik
13. teraputik



APLIKASI KONSEP MUZIK DALAM PERGERAKAN

1. Irama
• menepuk patah perkataan dan akhirnya dapat menepuk irama lagu
yang mudah sambil menyanyi.

2. Meter dan tekanan
• gunakan meter simple duple dan quadruple dahulu kemudian meter
triple. Skip, bergalop dan hayun untuk compound meter ( 6 ) 8

3. Melodi
• guna pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan bila masanya bunyi(pic) lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan yang sama. Kelak dapat ditunjukkan bunyi tertinggi atau terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas, juga dapat menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau kedudukan badan dalam pergerakan kreatif.

4. Bentuk
• pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan frasa. Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu.

5. Harmoni
• dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan dapat diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.

6. Ekspresi
• pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit,bila muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat. Bergerak cepat dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan pergerakan badan atau mimik muka untuk menunjukkan mud.

7. Warna ton
• pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet atau oboe.

8. Jalinan
• pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk
atau fomasi.



PERANCANGAN P & P
1. ajar lagu dan lirik dahulu sebelum membuat pergerakan atau permainan.
2. berbincang mengenai formasi atau pergerakan yang dikehendaki.
3. buat demonstrasi untuk lebih kefahaman
4. jika murid di luar kawalan, hentikan aktiviti. Beritahu mengapa – terangkan bahawa pergerakan memerlukan disiplin.

No comments:

Post a Comment