Sunday, 11 December 2011

Modul Bahasa Muzik Tahun 2

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Tahun               : 2
Masa                : 2 x 30 minit
Aspek               : Persepsi Estetik
Item                  : 1.1 Irama
                          1.1.3 Corak irama
                                    • Rentak – Mac; Masri
                         
                          1.2 Melodi
                          1.2.2 Warna Ton
                                   • Alat perkusi
Hasil Pembelajaran :
1. Mengecam rentak Mac dan Masri dalam lagu yang diperdengar dengan betul.
2. Menyatakan dengan sesuai perbezaan bunyi tiga alat perkusi yang dimainkan secara terasing.
PengetahuanSedia Ada:
Murid pernah menyanyikan lagu “Lenggang Kangkung” dan “Kami Murid Darjah Dua”.
Aktiviti :
1. Menyanyi sambil menepuk detik lagu “Lenggang Kangkung” dan “Kami Murid Darjah Dua”.
2. Perkenalkan rentak Mac dan Masri melalui nyanyian lagu “Lenggang Kangkung” dan “Kami Murid Darjah Dua”.
3. Murid member i respon secara lisan mengenai kedua-dua lagu tersebut yang berentak Mac dan Masri.
4. Murid member i respon secara lisan melalui beberapa lagu lain berentak Mac dan Masri yang diperdengar.
5. Memainkan detik lagu “Lenggang Kangkung” dan “Kami Murid Darjah Dua” dengan alat perkusi. (tamborin, kayu tik-tok dan kastanet)
6. Meneroka dan berbincang mengenai perbezaan bunyi tamborin, kayu tik-tok dan kastanet.
Elemen Strategi :  Belajar Cara Belajar
                            • Kemahiran mengingat
                            Kontekstual
                            • memindahkan
Bahan               :  Rakaman lagu, tamborin, kayu tik-tok dan kastanet

No comments:

Post a Comment